Tuesday 25 June 2024

KECENDERUNGAN BIOLOGI TERHADAP BAHASA

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah.. masih lagi berpeluang dan diberikan masa untuk menulis blog yang ketiga saya. Ada ke yang tertunggu-tunggu cerita perjalanan anak kedua saya? 😁😁

Usia anak kedua saya Faqih sudah menjejaki usia 8 bulan. Banyak kerenahnya di rumah sehinggakan terasa rindu apabila berada di sekolah. Suaranya yang nyaring dan gelagatnya membuatkan saya teringat-ingat akan dirinya. 

Jika nak diceritakan tentang perkembangan bahasa Faqih, sekarang anak kecil saya ini sudah pandai mengeluarkan bunyi ba ba ba, a a a a dan awa awa awa. Seronok sungguh apabila dapat bermain dengan abangnya.

dari sudut psikolingusitik, proses perkembangan semula jadi semua kanak-kanak berkembang melalui jadualperkembangan yang sama berdasarkan jadual yang serupan. Hal ini tidak akan mungkin berlaku jika bahasa tidak berakar umbi dalam biologi manusia. Golongan nativis percaya bahawa manusia sudah ada software bahasa dan bahasa ini dapat diperolehi melalui pengalaman dan pendedahan. 

Jika berbalik kepada cerita anak saya ini, Faqih mendapat bahasa tersebut adalah ransangan daripada ibu dan ayahnya. Tambahan pula, pengasuhkan juga seorang yang peramah. Jadi, banyak dan panjanglah perbualannya bersama kami waktu bermain walaupun bunyi bahasanya cuma ba ba ba dan a a a a. Dia seolah-olah faham akan percakapan kita. Comel sungguhkan. Sementara itu, kami juga memberikan pendedahan bahasa kepada Faqih dengan mengajarkan beliau bahasa atau perkataan melalui kad imbasan. Aktiviti ini sangat membantu untuk mengeluarkan suara kanak-kanak tersebut.




Monday 24 June 2024

PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah,masih lagi berkesempatan untuk menulis blog yang kedua. Pada waktu ini saya masih lagi menjana idea apakah blog yang bakal saya tuliskan ini. Namun,setelah berfikir-fikir, saya tertarik dengan isu pemerolehan bahasa kedua bagi golongan orang dewasa. 

Kenapa seseorang dewasa itu perlu memperoleh bahasa yang kedua?

Apakah faktor yang menyebabkan mereka mesti memperoleh bahasa yang kedua?

Bagaimana pemerolehan bahasa kedua itu diperoleh?

Jika dilihat daripada sudut psikolinguistik, pemerolehan bahasa kedua seseorang didorong oleh beberapa faktor. Faktor yang dapat saya perincikan adalah disebabkan oleh faktor kerjaya. Golongan dewasa lebih cenderung kepada bahasa kedua disebabkan oleh peluang pekerjaan. Golongan dewasa yang mempunyai pekerjaan, perlu mempunyai bahasa kedua. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka perlu berbahasa kedua kerana mereka perlu menjalankan hubungan sosial dengan orang lain dan berbangsa lain. 





PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA KANAK-KANAK


Assalamualaikum whb dan salam sejahtera.


Madah berhelah madah bergema,

Disambut pula ubi rebana,

Selamat datang jangan dilema,

Usah juga gundah gelana.

       
          PKP Tahun 2021


Alhamdulillah. Terasa senang hati kerana masih lagi diberi peluang untuk menulis pena setelah sekian lama sibuk dalam tanggungjawab di sekolah . Menulis merupakan satu hobi saya yang setelah sekian terpendam. Jika dahulu,masih ada waktu untuk menulis,namun sekarang, masa sangat mencemburui. Ekoran masa yang sangat mencemburui itu setiap hari menguruskan anak-anak di sekolah dan anak-anak di rumah.

Jika mahu berkenalan secara lebih dekat, saya mempunyai dua orang anak lelaki di rumah. Setiap hari masa saya banyak dihabiskan bersama mereka pada waktu malam ekoran daripada waktu pagi sehingga petang mereka bersekolah. Alahai, sekejap rasanya masa berlalu pergi. Pejam celik pejam celik si sulong atau yang pertama sudah berusia 5 tahun. Manakala yang adik pula sudah berusia 8 bulan. Permata Ibu yang dicintai selalu.

Jika mengimbang kembali pemerolehan bahasa anak-anak saya, amatlah sedih di hati ini. Hal ini demikian kerana, anak yang sulong Al-Fateh membesar dalam keadaan Covid -19. Pada waktu itu, seluruh dunia menjalankan kuarantin yang hanya boleh duduk di dalam rumah. Jika mahu keluar ke sempadan negeri,perlu mempunyai surat kelulusan daripada pejabat polis. Kami pula tinggal di sempadan antara Hulu Bernam dan Tanjung Malim, amatlah sukar bagi kami memberikan pengaruh sosial kepada Al-Fateh.

Hendak dijadikan cerita, Al-Fateh pada tahun 2020 sehingga tahun 2021 mendapat pemerolehan bahasa hanya dari Mommy dan Daddy sahaja. Walhal jika hidup dalam zaman yang biasa,jika covid-19 tidak melanda, pastinya al-Fateh boleh berkomunikasi dengan nenek dan atuk, serta guru-guru di sekolah serta kawan-kawan di tempat permainan atau di sekolah. 

Pemerolehan kanak-kanak memang bermula dari ibu dan ayah mereka. tetapi jika hendak diceritakan secara lebih terperinci, tidak cukup bahasa tersebut dari ibu dan ayah sahaja, pastinya memerlukan sokongan orang luar juga supaya bahasa anak-anak atau kanak-kanak cepat berkembang. Kekurangan pendedahan bahasa kepada anak-anak menyebabkan anak-anak boleh mengalami masalah lambat bercakap atau dikenali juga sebagai "Speech Delay".

Bagi perkataan pertama yang diucapkan oleh Al-Fateh pada waktu usianya setahun adalah perkataan "Daddy". Alhamdulillah. Alahai,seronok sungguh ayahnya apabila Al-Fateh dapat mengungkapkan perkataan azimat itu. 😀😀

Anak,

Belum puas ibu memelukmu,

Belum puas mendengar setiap bicaramu,

Belum puas mendidikmu,

Belum puas mengajarmu,

Semoga kamu,menjadi anak soleh dunia akhirat.

Saya rasa cukup dulu pena saya menulis di sini, semoga berjumpa di blog yang selanjutnya. Terima kasih kepada yang sudi membaca blog saya sehingga akhir dan sudilah sekiranya sahabat-sahabat pena saya memberikan cadangan dan komen jika ada penambahan. Terima kasih.

KECENDERUNGAN BIOLOGI TERHADAP BAHASA

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah.. masih lagi berpeluang dan diberikan masa untuk menulis blog yang ketiga saya. Ada ke y...