Monday 24 June 2024

PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA KANAK-KANAK


Assalamualaikum whb dan salam sejahtera.


Madah berhelah madah bergema,

Disambut pula ubi rebana,

Selamat datang jangan dilema,

Usah juga gundah gelana.

       
          PKP Tahun 2021


Alhamdulillah. Terasa senang hati kerana masih lagi diberi peluang untuk menulis pena setelah sekian lama sibuk dalam tanggungjawab di sekolah . Menulis merupakan satu hobi saya yang setelah sekian terpendam. Jika dahulu,masih ada waktu untuk menulis,namun sekarang, masa sangat mencemburui. Ekoran masa yang sangat mencemburui itu setiap hari menguruskan anak-anak di sekolah dan anak-anak di rumah.

Jika mahu berkenalan secara lebih dekat, saya mempunyai dua orang anak lelaki di rumah. Setiap hari masa saya banyak dihabiskan bersama mereka pada waktu malam ekoran daripada waktu pagi sehingga petang mereka bersekolah. Alahai, sekejap rasanya masa berlalu pergi. Pejam celik pejam celik si sulong atau yang pertama sudah berusia 5 tahun. Manakala yang adik pula sudah berusia 8 bulan. Permata Ibu yang dicintai selalu.

Jika mengimbang kembali pemerolehan bahasa anak-anak saya, amatlah sedih di hati ini. Hal ini demikian kerana, anak yang sulong Al-Fateh membesar dalam keadaan Covid -19. Pada waktu itu, seluruh dunia menjalankan kuarantin yang hanya boleh duduk di dalam rumah. Jika mahu keluar ke sempadan negeri,perlu mempunyai surat kelulusan daripada pejabat polis. Kami pula tinggal di sempadan antara Hulu Bernam dan Tanjung Malim, amatlah sukar bagi kami memberikan pengaruh sosial kepada Al-Fateh.

Hendak dijadikan cerita, Al-Fateh pada tahun 2020 sehingga tahun 2021 mendapat pemerolehan bahasa hanya dari Mommy dan Daddy sahaja. Walhal jika hidup dalam zaman yang biasa,jika covid-19 tidak melanda, pastinya al-Fateh boleh berkomunikasi dengan nenek dan atuk, serta guru-guru di sekolah serta kawan-kawan di tempat permainan atau di sekolah. 

Pemerolehan kanak-kanak memang bermula dari ibu dan ayah mereka. tetapi jika hendak diceritakan secara lebih terperinci, tidak cukup bahasa tersebut dari ibu dan ayah sahaja, pastinya memerlukan sokongan orang luar juga supaya bahasa anak-anak atau kanak-kanak cepat berkembang. Kekurangan pendedahan bahasa kepada anak-anak menyebabkan anak-anak boleh mengalami masalah lambat bercakap atau dikenali juga sebagai "Speech Delay".

Bagi perkataan pertama yang diucapkan oleh Al-Fateh pada waktu usianya setahun adalah perkataan "Daddy". Alhamdulillah. Alahai,seronok sungguh ayahnya apabila Al-Fateh dapat mengungkapkan perkataan azimat itu. 😀😀

Anak,

Belum puas ibu memelukmu,

Belum puas mendengar setiap bicaramu,

Belum puas mendidikmu,

Belum puas mengajarmu,

Semoga kamu,menjadi anak soleh dunia akhirat.

Saya rasa cukup dulu pena saya menulis di sini, semoga berjumpa di blog yang selanjutnya. Terima kasih kepada yang sudi membaca blog saya sehingga akhir dan sudilah sekiranya sahabat-sahabat pena saya memberikan cadangan dan komen jika ada penambahan. Terima kasih.

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Tahniah atas penulisan blog yang menggerakkan hati ini. Saya faham betapa pentingnya pendedahan bahasa kepada anak-anak, terutama dalam situasi sulit seperti pandemik COVID-19 yang membatasi interaksi sosial. Cerita Al-Fateh yang mengucapkan perkataan pertamanya iaitu "Daddy" sungguh menggembirakan. Terima kasih atas perkongsian yang ikhlas ini.

    ReplyDelete
  3. Tahniah atas artikel yang sangat informatif ini! Anda telah dengan jelas mengupas tentang pemerolehan bahasa kanak-kanak dengan pendekatan yang mudah difahami dan mendalam. Setiap contoh yang diberikan memberi gambaran yang jelas tentang bagaimana kanak-kanak memahami dan menguasai bahasa. Artikel ini tidak hanya memberi panduan kepada ibu bapa dan pendidik tetapi juga menggalakkan pemikiran kritis dalam pembangunan bahasa kanak-kanak. Teruskan usaha dalam menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada pembaca!

    ReplyDelete
  4. Blog ini sangat menyentuh hati dan penuh dengan keikhlasan. Penulis berjaya menggambarkan dengan jelas cabaran yang dihadapi semasa PKP dan kesannya terhadap pemerolehan bahasa anak-anak. Pengalaman peribadi yang dikongsi memberikan pandangan mendalam tentang pentingnya interaksi sosial dalam perkembangan bahasa. Penulisan yang indah dan penuh kasih sayang ini amat menginspirasi. Tahniah atas penulisan yang hebat ini! Teruskan berkongsi cerita yang bermakna.

    ReplyDelete
  5. Benar, anak-anak yang lahir sewaktu PKP kurang interaksi dengan orang luar selain ibu bapanya. Kekurangan pendedahan bahasa kepada anak-anak menyebabkan anak-anak boleh mengalami masalah lambat bercakap atau dikenali juga sebagai "Speech Delay". Oleh itu, jangan putus asa untuk terus berkomunikasi dengan anak dan elakkan menggunakan bahasa 'pelat kanak-kanak'. Pasti anak Fatinah akan lebih petah.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermakna ini. Dari sudut psikolinguistik, tulisan anda menyentuh isu penting mengenai pemerolehan bahasa kanak-kanak dalam konteks pandemik COVID-19. Keadaan yang mencabar ini mempengaruhi perkembangan bahasa Al-Fateh kerana interaksi sosial yang terhad. Pengalaman anda menggariskan betapa pentingnya persekitaran sosial yang kaya untuk pemerolehan bahasa yang optimal. Pemerolehan bahasa awal yang diperoleh daripada ibu bapa sahaja, walaupun sangat berharga, mungkin tidak mencukupi untuk memenuhi semua keperluan perkembangan linguistik kanak-kanak. Interaksi dengan lebih ramai individu seperti datuk nenek, rakan sebaya, dan guru memainkan peranan penting dalam memperkaya pengalaman bahasa anak-anak.

    ReplyDelete

KECENDERUNGAN BIOLOGI TERHADAP BAHASA

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah.. masih lagi berpeluang dan diberikan masa untuk menulis blog yang ketiga saya. Ada ke y...