Monday 24 June 2024

PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah,masih lagi berkesempatan untuk menulis blog yang kedua. Pada waktu ini saya masih lagi menjana idea apakah blog yang bakal saya tuliskan ini. Namun,setelah berfikir-fikir, saya tertarik dengan isu pemerolehan bahasa kedua bagi golongan orang dewasa. 

Kenapa seseorang dewasa itu perlu memperoleh bahasa yang kedua?

Apakah faktor yang menyebabkan mereka mesti memperoleh bahasa yang kedua?

Bagaimana pemerolehan bahasa kedua itu diperoleh?

Jika dilihat daripada sudut psikolinguistik, pemerolehan bahasa kedua seseorang didorong oleh beberapa faktor. Faktor yang dapat saya perincikan adalah disebabkan oleh faktor kerjaya. Golongan dewasa lebih cenderung kepada bahasa kedua disebabkan oleh peluang pekerjaan. Golongan dewasa yang mempunyai pekerjaan, perlu mempunyai bahasa kedua. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka perlu berbahasa kedua kerana mereka perlu menjalankan hubungan sosial dengan orang lain dan berbangsa lain. 





1 comment:

  1. Saya setuju bahawa hubungan sosial dan kerjaya adalah motivasi utama bagi golongan dewasa untuk menguasai bahasa kedua. Jika awak merujuk buku tulisan Zamri Mahamod ' Psikolinguistik dalam pengajaran dan pemerolehan bahasa pertama dan kedua', beliau ada mengupas berkaitan topik ini dalam bab 9 bukunya tentang Pemerolehan bahasa kedua orang dewasa. Sangat menarik!

    ReplyDelete

KECENDERUNGAN BIOLOGI TERHADAP BAHASA

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah.. masih lagi berpeluang dan diberikan masa untuk menulis blog yang ketiga saya. Ada ke y...