Tuesday 25 June 2024

KECENDERUNGAN BIOLOGI TERHADAP BAHASA

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah.. masih lagi berpeluang dan diberikan masa untuk menulis blog yang ketiga saya. Ada ke yang tertunggu-tunggu cerita perjalanan anak kedua saya? 😁😁

Usia anak kedua saya Faqih sudah menjejaki usia 8 bulan. Banyak kerenahnya di rumah sehinggakan terasa rindu apabila berada di sekolah. Suaranya yang nyaring dan gelagatnya membuatkan saya teringat-ingat akan dirinya. 

Jika nak diceritakan tentang perkembangan bahasa Faqih, sekarang anak kecil saya ini sudah pandai mengeluarkan bunyi ba ba ba, a a a a dan awa awa awa. Seronok sungguh apabila dapat bermain dengan abangnya.

dari sudut psikolingusitik, proses perkembangan semula jadi semua kanak-kanak berkembang melalui jadualperkembangan yang sama berdasarkan jadual yang serupan. Hal ini tidak akan mungkin berlaku jika bahasa tidak berakar umbi dalam biologi manusia. Golongan nativis percaya bahawa manusia sudah ada software bahasa dan bahasa ini dapat diperolehi melalui pengalaman dan pendedahan. 

Jika berbalik kepada cerita anak saya ini, Faqih mendapat bahasa tersebut adalah ransangan daripada ibu dan ayahnya. Tambahan pula, pengasuhkan juga seorang yang peramah. Jadi, banyak dan panjanglah perbualannya bersama kami waktu bermain walaupun bunyi bahasanya cuma ba ba ba dan a a a a. Dia seolah-olah faham akan percakapan kita. Comel sungguhkan. Sementara itu, kami juga memberikan pendedahan bahasa kepada Faqih dengan mengajarkan beliau bahasa atau perkataan melalui kad imbasan. Aktiviti ini sangat membantu untuk mengeluarkan suara kanak-kanak tersebut.




7 comments:

  1. Perkongsian Yang menarik, mungkin boleh ditambahkan dengan pendapat tokoh…

    ReplyDelete
  2. Tulisan tentang perkembangan bahasa Faqih pada usia 8 bulan sangat menarik! Pengalaman interaksi dengan keluarga dan pengasuhan yang mesra berperanan penting dalam memperkembangkan kemahiran bahasanya. Semoga Faqih terus berkembang dengan baik dalam pemerolehan bahasa!

    ReplyDelete
  3. Tahniah Fatinah atas penulisan blog yang menarik mengenai perkembangan bahasa Faqih. Artikel ini dengan baik menggambarkan bagaimana interaksi harian dan pengasuhan yang peramah membantu Faqih dalam pemerolehan bahasa. Saya faham bahawa Faqih sudah mula mengeluarkan bunyi-bunyi awal seperti "ba ba ba" dan "a a a", serta betapa pentingnya peranan keluarga dalam merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak. Satu penambahbaikan yang mungkin adalah menambah lebih banyak contoh konkrit seperti video dari interaksi harian atau aktiviti pembelajaran bahasa yang dilakukan dengan Faqih. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman yang menarik ini!

    ReplyDelete
  4. Anda dengan indah menggambarkan perkembangan bahasa Faqih dan menghubungkannya dengan teori psikolingusitik dengan cara yang mudah difahami. Pengalaman peribadi yang dikongsi memberi wawasan tentang bagaimana anak-anak memperoleh bahasa melalui interaksi dengan keluarga dan pengasuh. Teruskan menulis dengan memberi inspirasi kepada pembaca!

    ReplyDelete
  5. Blog ini sangat menarik dan informatif! Penulis berjaya menggabungkan pengalaman peribadi dengan teori psikolinguistik, menjadikannya lebih menarik untuk dibaca. Penggambaran perkembangan bahasa anak kedua, Faqih, dengan cara yang comel dan penuh kasih sayang, menunjukkan betapa pentingnya stimulasi awal dan interaksi dalam pemerolehan bahasa. Tahniah atas penulisan yang hebat ini! Teruskan berkongsi pengalaman yang berharga dan bermanfaat ini.

    ReplyDelete
  6. Tahniah kerana menggunakan kad imbasan yang sememangnya pendekatan yang sangat baik untuk membantu Faqih mengenali dan menyebut perkataan baru. Semoga perkembangan Faqih terus berjalan dengan baik.

    ReplyDelete
  7. Blog ini membahas kecenderungan biologis terhadap perkembangan bahasa, menyoroti perkembangan anak penulis, Faqih, yang mulai mengucapkan bunyi awal seperti "ba ba ba" pada usia 8 bulan. Artikel ini menghubungkan pengamatan peribadi dengan teori psikolinguistik, menunjukkan bahawa stimulasi awal dan interaksi sosial sangat penting dalam pemerolehan bahasa. Penggunaan kad imbasan juga disebutkan sebagai alat bantu yang efektif. Blog ini memberikan wawasan yang hangat dan informatif mengenai perkembangan bahasa pada anak-anak

    ReplyDelete

KECENDERUNGAN BIOLOGI TERHADAP BAHASA

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah.. masih lagi berpeluang dan diberikan masa untuk menulis blog yang ketiga saya. Ada ke y...